Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik (dalam bahasa Inggeris: Sik Religious Secondary School, dalam bahasa Arab: المدرسة الثانوية الوطنية الدينية سيك) atau nama ringkasnya SMK Agama Sik (SMKAS), merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Sik, Kedah Darul Aman. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik kini memegang status Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) yang diterimanya pada tahun 2011. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik menjadi salah sebuah sekolah agama milik kerajaan. Sekolah ini termasuk dalam 4 buah sekolah menengah agama di Kedah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB). SMK Agama Sik diletakkan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baling Sik.Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik memiliki 353 pelajar lelaki dan 387 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 740 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009 Pada 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik memiliki 279 pelajar lelaki dan 490 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 769 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru. Pada 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik memiliki 279 pelajar lelaki dan 490 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 769 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik

Jenis sekolah Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan
Faks 6044693267
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tn Hj Mohd Rodzi b Ahmad
Kod sekolah KRA8001
Pengetua Tn. Haji Mahir bin Mohamad
Singkatan SMKAS
Kemasukan Tingkatan 1- Tingkatan 6
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tn Hj Muhd Yusoff b Zainon
Moto Berilmu Beriman Beramal
Nombor sekolah 6044693270